6 Ogo 2012

Hanya Mampu Terbaring Kaku



Apa khabar korang?

Lamanya blog ni terpinggir kan. Jangan kata nak update entri, buka blog ni pun tidak.

Memandangkan sekarang ni puteri tengah tidak kebizian, leh la mengetuk keyboard kejap.

Ramai yang bertanyakan tentang Mitten. Sihat ke tidak dia tu? hurmm

Mitten masih sakit malah dah semakin tenat. Hanya mampu terbaring kaku. Dah seminggu dia tak boleh makan, minum susu ibunya pun tak larat dah.

Puteri terpaksa suapkan susu botol ke mulutnya. Itupun Mitten hanya mampu minum beberapa titis susu je. Jadi puteri terpaksa suapkan dia setiap sejam atau dua agar dia tidak kelaparan.

Seluruh badannya dah tak bermaya dah. Bila nak bagi dia minum susu pun kena pangku kepala dia. Keempat-empat kakinya pun terasa sejuk sahaja bila disentuh.

Setiap kali nak memberi dia minum susu, puteri akan memanggil namanya dan membelai kepalanya. Masa itu sahaja dia akan membuka mata buat seketika dan tidak sampai seminit, matanya akan ditutup semula.

Lepas dah bagi dia minum susu, puteri akan urut sedikit keempat-empat kakinya.

Sebak hati puteri melihatnya sebegitu. Dari seekor anak kucing yang lincah, dengan sekelip mata dia hanya mampu terbaring kaku. Tak sanggup rasanya untuk mengambil gambarnya dalam keadaan begitu.

Korang tolong doakan untuknya yer.







8 ulasan:

fadhli fazry berkata...

amin, doakan lah kesejahteraannya :)

Unknown berkata...

harap mitten cepat sembuh :)

Unknown berkata...

cian mitten... smoga cepat sembuh...

Unknown berkata...

Laaa...mitten sakit ya !harap mitten cepat sembuh dan aktif seperti dulu...

Unknown berkata...

Laaa...mitten sakit ya !harap mitten cepat sembuh dan aktif seperti dulu...

caliph shuriken berkata...

kdg2 sekumpulan anak kucing yg lahir sihat, tp x lama lepas tu tiba2 sakit.. sy pun x paham knapa jadi cmtu.. hrp2 mitten cpat sembuh...

Unknown berkata...

Kesiannya.. Semoga Mitten cepat sembuh :)

sHiMi sHinHae~ berkata...

hope mitten cepat sembuh :)