Setiap pagi, antara aktiviti pertama puteri adalah keluar ke laman untuk mencari 'anak-anak' puteri. Biasanya diorang semua tengah relax sambil menunggu sarapan pagi dihidangkan. Bila dengar je puteri buka pintu depan, SERANGGGG, dari serata pelusuk mana entah, diorang akan terus serbu puteri. Macam lah tengah kebulur sangat.
Tapi berbeza pula dengan pagi semalam. Awal-awal pagi lagi puteri dah dikejutkan dengan bunyi bising seakan perang dunia telah meletus di laman rumah puteri. Bila buka pintu depan, tak ada siapa pun nak serang puteri sebab masing-masing dah standby untuk mempertahankan diri.
Terkejut gak puteri tengok ekor diorang semua dah berganda-ganda kembangnya. Tu tandanya nak gaduh la tu. Belum sempat puteri nak langkah keluar pintu, tiba-tiba Lilo terus datang menyerang yang lain.
Setahu puteri, Lilo ni memang cool je selalu, tak pernah nak serang kucing lain. Jadi puteri yakin pasti ada sebab Lilo mengamuk sampai camtu.
Lepas tu puteri terperasan yang perut Lilo dah agak kempis sedangkan sebelum ni Lilo tengah mengandung. So puteri yakin la Lilo dah melahirkan anak.
Laju je puteri gi cari satu laman, tapi tak juga kelihatan anak-anak Lilo. Hurmm lepas tu puteri dah dapat agak dah, kenapa Lilo mengamuk sampai macam tu.
Puteri yakin salah seekor dari kucing-kucing yang lain tu dah kidnap anak Lilo. Tak tahu pula kat mana dah di sorokkan anak Lilo tu.
Sampai ke sekarang ni Lilo masih mengamuk. Pantang je sesiapa lalu kat depan dia, pasti akan diserangnya. Kesian Lilo.
P/s tak dapat pula ambil gambar Lilo..sebab puteri pun dia nak serang...hukk
9 ulasan:
kena kidnap? ke lilo yang sorok kat mana-mana..erm esok pagi2 cari semula ye..mesti ada tu
lilo tgh bad mood laa tu...
dah tambah lagi kucen belaan nenek puteri....
kesian lilo T_T xberhati usus betui la kucin yg curi anak dia tuh! =.=
@Kaishin : masih tiada lagi..hukk
@Caliph : ha ah...sib baik hari ini dia dah cool down..hehehe
@Ayie : ini kisah kucing puteri..heheh
@Zana : bukan lilo yang kena kidnap tapi anak-anak dia...hukk
@Farhan : tau takpe...hehe
Catat Ulasan