9 Jun 2012

Redakan Amarah Itu



Bukan mudah untuk memastikan sesuatu hubungan berjalan lancar sekiranya masing-masing bersikap ego dan mementingkan diri sendiri.

Ramai pasangan yang kecundang dalam percintaan apabila wujudnya salah faham dalam perhubungan mereka.

Salah faham yang kecil boleh menjadi masalah yang besar sekiranya kedua-dua pasangan tidak matang untuk menangani masalah tersebut.

Sekiranya wujud salah faham dalam sesuatu perhubungan, cara terbaik adalah untuk menyejukkan hati masing-masing terlebih dahulu sebelum kembali berbincang.

Sesambil itu cubalah mencari punca pada permasalahan tadi. Sekiranya korang dapati ada kesilapan di pihak korang sendiri, cepat-cepat la meminta maaf.

Lepas minta maaf tu, cuba untuk tidak ulangi kesilapan yang sama.

Dalam perhubungan ni kena lebih memahami dan mempunyai sikap beralah. Give and take kata orang. Kalau masih sayangkan pasangan tu, pandai-pandailah menjaga hatinya.

Untuk yang lelaki, pandai-pandai la memujuk si dia yang sedang merajuk dan untuk wanita, cubalah untuk tidak terlalu emo bila si dia meluahkan rasa ketidakpuashatian.

Semoga perhubungan korang kekal bahagia sentiasa.

P/s adakalanya perselisihan faham yang kecil mampu mengukuhkan lagi perhubungan itu


6 ulasan:

caliph shuriken berkata...

apa saja bole berlaku bila salah faham, huh...

kaishin berkata...

tenang dulu baru boleh bincang kalau tak perang la jawabnya hukk

Ayie Abas berkata...

tips yg bagus puteri...mana tau nanti boleh digunakan dlm satu2 situasi... :)

puteri kasih berkata...

@Caliph : betul tu awak..sebab tu kita kena selalu cuba untuk berfikiran matang kan ^^

puteri kasih berkata...

@Kaishin : ha ah betul..bila tengah marah memang tak boleh nak bincang apa-apa pun kan

puteri kasih berkata...

@Ayie : sekadar berkongsi untuk sesiapa yang salah kefahaman..hehe