7 Mei 2012

Pergi Tak Kembali




Dah masuk seminggu dia pergi. Tak tahu atas kerelaan sendiri, terpaksa atau..hukk tak mampu nak fikir dah.

Tertanya-tanya kemana dia menghilang. Semua kat rumah merinduinya.

Dia baru berusia beberapa bulan je dan boleh dianggap baby dalam keluarga. Namun dia sangat lincah dan periang. Malah dia pantang melihat sesiapa sahaja yang tengah duduk, dia pasti akan lompat untuk duduk di atas riba dan tak sampai 5 minit selepas itu dia akan tidur lena.

Dia lah 'Garlic'. Seorang anak kucing yang sangat aktif. Dah tiga bulan puteri jaga dia. Tiba-tiba sejak seminggu yang lepas dia hilang begitu sahaja.

Tak tahu dia pergi kemana. Risau kalau ada yang dah menculiknya atau kalau sesuatu yang buruk dah terjadi kepadanya. Uwaaaaaaaa rasa nak nangis je bila teringatkan dia.

Dah tak ada siapa dah nak teman puteri kat laman bila puteri baca novel....hukkkk


6 ulasan:

caliph shuriken berkata...

harap2 garlic pulang nanti yer...

Thomas Lee/Lee Lip Pang berkata...

selalunya ada rumah barulah.

Unknown berkata...

insyAllah nanti garlic balik semula..

puteri kasih berkata...

@Caliph : harap camtulah awak..hukk rindu dah ngan garlic :(

puteri kasih berkata...

@thomas : harap bukan kena culik atau langgar..hukk

puteri kasih berkata...

@Kaishin : puteri harap sgt dia akan balik :(