8 Mei 2012

In The Wad Again



Awal pagi tadi, bawa ayah ke hospital pakar untuk rawatan susulan. Pukul 7.30 dah terpacak kat depan pintu hospital pakar Tuanku Jaafar Seremban. Temujanji ayah pukul 8 pagi tadi.

Selalunya kalau sampai awal, maka semuanya akan selesai awal. Tepat pukul 8.10minit, nombor giliran ayah di panggil. Dalam hati dah happy sebab boleh balik awal. Tak suka tunggu situ lama-lama, sebab puteri ni seram sikit bila tengok ada pesakit-pesaki kemalangan yang kaki dan tangan ada besi-besi yang terpacak. Kadang-kadang balutan kaki diorang tu penuh dengan darah. Dari pembalut putih dah jadi merah. Jadi memang bukan satu permandangan yang diharapkan di awal pagi.

Beberapa minit setelah doktor memeriksa kaki ayah, hurmm nampaknya doktor tidak puas hati dengan tahap penyembuhan luka di kaki ayah tu. Dan akhirnya doktor buat keputusan, ayah perlu ditahan di wad semula untuk beberapa hari.

Uwaaaa not again. Kesian sangat kat ayah.

Jadi lepas doktor bagi surat, puteri pun segera ke kaunter pendaftaran dan selesaikan hal kemasukan ayah ke dalam wad. Ayah kata tak larat nak jalan pula lepas tu. Dah lenguh kakinya sebab baru selesai mencuci luka. Puteri gi cari kerusi roda untuk ayah, aiseyy kerusi roda semua dah habis, orang dah guna.

So tak ada pilihan, terpaksa pimpin ayah jalan slow-slow untuk ke tingkat 4. Nasib baik lif hospital sentiasa berfungsi.

Sampai sahaja di wad, nurse suruh ayah baring di katil dan tekanan darah ayah pun diperiksa. Agak tinggi juga, mungkin sebab ayah dah penat berjalan ke sana ke mari.

Bila semua proses kemasukan ke wad selesai, puteri minta diri dari ayah untuk pulang semula ke rumah sebab kena mengambil semua ubat-ubat ayah dan juga barang-barang keperluan yang lain.

Sekarang ni puteri nak ke hospital semula. Doakan ayah puteri cepat sembuh yer.


14 ulasan:

Ayie Abas berkata...

puteri anak yg berbakti...

semoga kaki ayah puteri cepat sembuh lukanya...

Aien Najib berkata...

syafakillah untuk ayah kamu ..tabahkan hati :) Allah ada untuk kamu sayang ~

caliph shuriken berkata...

smoga kaki ayah awk cepat sembuh :)

*harap2 ubat kita bincang aritu bole sembuh luka dgn cepat...

|shuhadaothman|TM berkata...

semoga kaki ayah puteri cepat sembuh. Sabar ye :)

azie namico berkata...

semoga ayah puteri cepat sempuh...insyaallah.

kaishin berkata...

semoga ayah puteri cepat sembuh..amin

puteri kasih berkata...

@Ayie : terima kasih ayie. puteri cuma menjalankan amanah yang telah diberikan untuk seorang insan bergelar anak :)

puteri kasih berkata...

@Aien : terima kasih aien :)

puteri kasih berkata...

@caliph : arigatou awak...ayah tengah ambil ubat tu...dan memang ada perubahan yang positif. cuma ni ada sedikit kecuaian masa pembedahan haritu :(

puteri kasih berkata...

@Shu : terima kasih yer :)

puteri kasih berkata...

@Azie : thanks dear :)

puteri kasih berkata...

@kaishin : terima kasih awak :)

anie berkata...

mudah-mudahan cepat sembuh

shah berkata...

tabahkan hati..banyak bersabar