Nak share satu story dengan korang ni, semalam puteri ke laman untuk menyapu daun-daun yang keguguran dan bunga-bunga cinta yang layu..erk tiba-tiba teringat lagu misha omar..hikk.
Sedang puteri rajin menyapu, satu tangan pegang penyapu, sebalah tangan diletakkan ke belakang, macam nenek-nenek si bongkok tiga, hikk, tiba-tiba terperasankan pokok bunya raya puteri ni..macam ada je yang tak kena. Dah hampir botak dah pokok ni...adeh mana pula hilang daunnya. Ni siapa punya kerja ni?
Setahu puteri kucing-kucing puteri bukan vegetarian dan puteri tak pelihara kambing atau lembu. Jadi siapa punya kerja yang makan daun-daun ni? uwaaaaa jahanam pokok bunga raya aku ni.
Kerana hati telah dilanda kegeraman yang teramat, puteri pun mulalah jadi CSI. Godek-godek sekeliling pokok tu dan akhirnya jumpa penjenayah sebenar di pokok yang sebelah pula.
Ini puteri sertakan gambar-gambar sebagai bahan bukti untuk kes mahkamah. Ada sesiapa nak jadi peguam bela? hikkkk
p/s kesemuanya setakat pagi ini, puteri dah berjaya menangkap 8 suspek...hukk
14 ulasan:
besarnye ulat tuu. hukum buang negeri je la puteri :)
gemuknya caterpillar ni
gemuknya catpllar tue..hehehe.. comel
status bahan bukti: ijau & gumuk ;p
puteri buat apa dgn suspek2 tu? haha3
wah comelnya suspek tu :)
Ulat ini akan berkembang menjadi kupu-kupu yg sangat cantik...
@Shu : tulah besar kan..ha ah memang dah kena buang negeri dah..hehe
@Thomas : tulah bro...memang gemuk kan
@Aida : ha ah memang comel..hikk
@Caliph : haha..gemuk sebab byk makan daun dah..hikk
@Ayie : diorang dibuang daerah ke pokok besar seberang jalan...hikkk
@Kaishin : ha ah mereka sangat comel susah nak dikenakan tindakan...hikk
@Koding : betul tu...tapi tak dapt nak tengok perubahan mereka ..hukk
Catat Ulasan