28 Dis 2012

Rebranding?


Setelah agak lama membiarkan blog ini bersawang, akhirnya puteri kembali mengetuk keyboard untuk menulis entri di sini. 

Ada sesiapa yang rindu membaca entri puteri tak? hehe

Yang penting, kali ini blog ini tampil dengan pembaharuan. Bukan sahaja telah berwajah baru tetapi nama blog dan tagline turut berubah

Kalau dulu blog ini hanya dikenali sebagai blog kedua atau puterikasih blogspot, kini blog ini diberi nama DIARI HATI PUTERI KASIH dengan mengunakan tagline "Antara Lakaran Dan Luahan Di Pentas Kehidupan"



Sebolehnya puteri ingin menjadikan blog ini sepersonal yang boleh agar ada keistimewaannya yang tersendiri berbanding dengan blog puterikasih.com yang lebih mengetengahkan isu semasa dan perkongsian tips.

Jadi bolehlah dikatakan blog DIARI HATI PUTERI KASIH ini lebih bersifat peribadi. Dimana puteri dapat berkongsi dengan korang apa sahaja yang dekat dengan hati puteri.

Semoga korang tetap akan sudi untuk membaca entri-entri di sini.

p/s ada apa-apa komen tentang wajah baru blog ini? ^_^

10 ulasan:

Unknown berkata...

Cantik like a sugar !

Unknown berkata...

sukenyeeee.. comelll!!

dariilhamkehati berkata...

hahaha , CP suke yang nih , comel betul !! hehehe

Unknown berkata...

template yg menarik puteri...cuma ayie pernah tgok blog lain pakai template yg sama..

tapi x ingat sapa nama dia..

puteri kasih berkata...

Azie : Harap takde semut yang menyerang :P hehe

puteri kasih berkata...

aisya : comel cam sis eh? :P hehe

puteri kasih berkata...

CP : comel sebab ada bear bear eh? hehe

puteri kasih berkata...

Ayie : biasalah bila kita tak reka template sendiri..memang akan ada orang lain yang pernah menggunakannya :)

Yaya Mohd berkata...

wahh luv2..hehe..ttp cntik +comel je ^_^

Unknown berkata...

iye kakak cantik.. =P