30 Dis 2012

Berazam Atau Sekadar Azam

Tahun baru 2013 dah hampir menjelang tiba. Sana sini duk pung pang tentang azam. Puteri pun dah mula nak berazam itu ini.

Pada puteri azam ini seumpama target atau direction. Jadi bila dah ada azam, at least kita dapat merangka kemana hala tuju kita.

Walaupun hidup adalah ketentuan dariNYA, tapi sebagai manusia tak salah andainya kita berusaha untuk memperbaiki diri kita. Kalau duduk dan asyik berserah je, satu apa pun tak akan tercapai kan.

Sebelum mencipta azam-azam yang baru, puteri terlebih dahulu bertanyakan pada diri "TERCAPAIKAH AZAM TAHUN 2012?"



Rasanya tahun 2012 puteri tak berazam sangat. Tak ada meletakkan harapan yang tinggi untuk memiliki sesuatu. Antara azam yang puteri set adalah untuk memperbaiki segala yang kurang dan memperkukuhkan segala kelebihan yang ada.

Dan kesimpulannya, puteri rasa berpuas hati juga dengan setiap langkah dan keputusan yang puteri buat di sepanjang tahun 2012. Walaupun masih ada downpoint..tapi that's life kan. Tak mungkin perfect.

Hurmm azam untuk 2013 pula, rasanya kali ini azam puteri lebih kepada masa depan. Kiranya azam yang agak long term. Mungkin sebab umur pun dah semakin meningkat, jadi kenalah berfikir lebih jauh lagi. Sampai bila nak berada statik je kan. Hidup perlukan perubahan. Perubahan ke arah kebaikan.

Namun sebagai insan, puteri hanya boleh plan, boleh set target dan berusaha, tapi the final decision masih di tanganNYA.


Mudah-mudahan segalanya di permudahkan untuk aku, untuk dia dan untuk mereka.


6 ulasan:

aisya berkata...

harap2 tahun baru ni boleh bace novel nukilan sis ye.. hehe

Azie Namico berkata...

Harap tahun 2013 puteri lebih berjaya....weee

trah zain berkata...

awal tahun, azam punya la pergh,, bila akhir tahun.. hehe.. memang fail (^___^)

puteri kasih berkata...

aisya : doakan semoga ia cepat diterbitkan yer :)

puteri kasih berkata...

Azie : semoga kita sama-sama berjaya yer azie :)

puteri kasih berkata...

trah : tau takpe..sebab tu takleh berazam tinggi sangat..hehe