11 Ogo 2012

Dah Sampai Masanya



Dah jarang puteri menulis entri kat sini, memandangkan puteri tengah tak ada kerja sambil menunggu seseorang rasanya sempat la juga nak siapkan satu entri ni.

Minggu ini boleh dikategorikan sebagai minggu membaca novel untuk puteri. Entah mengapa, tiba-tiba terlebih rajin pula nak baca novel sampaikan siap baca 3 buah novel dalam seminggu sedangkan manuskrip sendiri terabai...adeh bila nak siap kalau mood meng'edit' asyik kelaut je.

Nak dijadikan cerita, sedang puteri asyik membaca novel sambil bersms, puteri ni memang selalu multitasking..hehe. Tiba-tiba dapat idea untuk novel baru. Alahai, manuskrip pun tak siap lagi, kenapalah idea baru ni nak muncul sedangkan bila nak edit manuskrip atau tulis entri blog takde pula idea nak muncul...uwaaaaaaaaaa.

Nampaknya idea baru terpaksa disimpan buat sementara waktu sehingga manuskrip selesai diedit sepenuhnya.

p/s keputusan hari itu serba sedikit mengubah rutin harianku...huhu



3 ulasan:

caliph shuriken berkata...

kesian kt manuskrip tu, huh...

Nur Atirah berkata...

jika kau fikirkan kau boleh ,
kau pasti boleh melakukan .
jika kau fikirkan ragu2 ,
usaha mu tak menentu .

cewahh , nyanyi pulakk . hehe . good luck dengan idea baru .
tira nak jemput join GA ni . jgn lupa singgah ye .

http://itsmetira.blogspot.com/2012/08/ga-syawal-giveaway_27.html

aisya berkata...

buat lah e-novel baru sis.. hehe.. smbil2 tu siapkan manuskrip tu.. hehe..

*pandai je budak ni bercakap kan? ikut suke die je* =P