Nasib baik ada 'si dia' sebagai peneman. Kalau tak ada 'si dia' memang boring la duduk berjam-jam sambil menunggu giliran. Bila mata dah tertumpu pada 'si dia' memang tak terasa pun masa berlalu. Sehinggakan ada kalanya bila tiba nombor giliran papa, rasa macam tak nak bangun je dari kerusi tu sebab tak tak nak berhenti membaca especially bila part interesting.
'Si Dia' yang puteri maksudkan adalah gambar yang di bawah ini
Novel JODOH ITU MILIK KITA, hasil karya Sara Aisha, mengisahkan tentang Dahlia yang dijodohkan dengan Syafiq atas dasar pilhan keluarga Syafiq. Namun pada hari perkahwinan mereka, Syafiq membawa diri dan Dahlia ditinggalkan begitu sahaja. Untuk menjaga maruah keluarga, abang angkat Syafiq yang bernama Aariz Danial terpaksa menggantikan tempat Syafiq dan menikahi Dahlia.
Suatu hari Syafiq kembali dan mendapati Dahlia telah pun menjadi kakak iparnya, mula wujud rasa cemburu memandangkan Syafiq amat bencikan abang angkatnya Aariz Danial. Syafiq nekad untuk memisahkan mereka dengan cubaan membongkarkan siapa Aariz Danial yang sebenar dengan harapan Dahlia akan membencikan suaminya sendiri.
Mula timbul persoalan demi persoalan di sebalik ketulusan hati lelaki bernama Aariz Danial. Adakah perkahwinan mereka akan hancur atau Dahlia akan terus berdiri mempertahankan cinta yang mula terbit untuk lelaki yang kini menjadi suaminya?
Nak tau kesudahannya? Korang kenalah baca novel JODOH ITU MILIK KITA.
Jodoh Itu Rahsia Illahi. Dia mengatakan awak untuk saya dan saya untuk awak
10 ulasan:
mcm cerita dlm drama jer...bila ayie baca sinopsis novel yg puteri baca tu...hehe
p/s : semoga ayah puteri kan beransur sembuh...
sama mcm drama tv yg klmarin tu, huh...
byk novel sekarang di pasaran... smpi tak terbeli...
nak kena baca eh? puteri je lah ceritakan endingnya hehehe :P
patut la sis macam busy je kebelakangan ni.. huhu
macam menarik je novel ni..
@Ayie : drama apa eh?
terima kasih :)
@caliph : drama tv yang mana satu eh?
@nora : ha ah memang banyak...rambang mata bila nak pilih kan..hehe
@Kaishin : leh je..nanti puteri citerkan yer :P
@Aisya : ha ah sis agak busy :)
memang best novel ni
Catat Ulasan