4 Jun 2012

Usai Aku Terima Nikahnya


Sekali namamu kulafazkan..Hati tidak pernah terdetik untuk menyebut yang lain


Puteri seorang anak yatim piatu, telah diwasiatkan oleh arwah datuknya yang merupakan seorang hartawan untuk dijaga oleh anak-anak angkat arwah. Namun mak sedare dan pak sedarenya hanya tamakkan harta kekayaan arwah. Puteri di layan dengan begitu teruk sekali.

Ketika puteri berusia 19 tahun, puteri telah dikahwinkan dengan Iskandar iaitu anak mak sedare angkatnya hanya kerana harta milik arwah.

Perkahwinan yang pada awalnya bukan atas dasar cinta mula berubah bila Puteri dan Iskandar mula saling mencintai. Iskandar ibarat penyelamat pada segala keseksaan Puteri. Namun perkahwinan mereka dirahsiakan kerana mak sedare angkat puteri tidak menganggapnya sebagai menantu, tetapi hanya sebagai lubuk emas kepada harta arwah. Iskandar pula telah mempunyai seorang kekasih hati yang sedang bekerja di luar negara sebelum dia dipaksa untuk berkahwin dengan puteri

Khalif, sahabat baik Iskandar mula menaruh hati pada puteri. Namun tanpa Khalif sedari, puteri adalah isteri sahabat baiknya. Silap Iskandar juga yang memperkenalkan puteri hanya sebagai adik sepupunya sahaja.

Semakin hari cinta di antara Iskandar dan Puteri semakin utuh dan ini tidak disenangi oleh ibu Iskandar. Dan akhirnya ibu Iskandar nekad untuk memisahkan Puteri dan Iskandar.

Selepas beberapa insiden yang berlaku, Iskandar membawa diri keluar negeri dan membiarkan puteri keseorangan terumbang ambing. Saat itu Puteri sedang mengandungkan zuriat Iskandar.

Khalif yang kini telah mengetahui cerita sebenar tentang status puteri, mula berasa simpati dan kerana keihklasan cintanya, dia bersusah payah bersengkang mata siang dan malam menjaga puteri semata-mata ingin melihat kebahagiaan Puteri.

Setelah melahirkan anak, puteri nekad ke luar negara untuk mencari suaminya. Namun sampai sahaja di tempat Iskandar, puteri ternampak kekasih Iskandar turut berada di situ, Puteri meninggalkan tempat itu dengan hati yang penuh kelukaan dan Iskandar tidak sama sekali menghalang pemergian Puteri.

Khalif pula setia di sisi puteri, memastikan puteri dan anaknya sentiasa terbela nasib mereka. Malah Khalif juga memastikan puteri berjaya dalam hidupnya sehinggakan puteri telah menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Suatu hari, Iskandar pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Puteri. Tetapi waktu itu Puteri telah mula menerima kehadiran Khalif yang selama ini ikhlas mencintainya.

Pada pendapat korang, akhirnya nanti puteri pilih siapa? Iskandar atau Khalif? hikkk






11 ulasan:

Unknown berkata...

puteri kembali ke pangkuan iskandar..hukk

Unknown berkata...

Iskandar =)

caliph shuriken berkata...

knapa nama2 watak dlm citer ni mcm biasa dgr jaa, erkk...

Nurul Farhan berkata...

iskandar kot.. tpi khalif pn..... arghh konpius.. =.=

puteri kasih berkata...

@Kaishin : nak puteri kembali kepada iskandar eh

puteri kasih berkata...

@Azie : Azie lom baca buku ni lagi eh?

puteri kasih berkata...

@Caliph : kerana nama watak la saya tertarik untuk membeli novel ini :P

puteri kasih berkata...

@Farhan : awat konfius dah ni...hehehe

Unknown berkata...

saya berpandukan tajuk dan bait kata tu je hehe

Mama atiyyah berkata...

cam best jer citer neh...hehehe...pde pndpt sye..better if puteri trime jer khalif sbb iskandar tuh cam xleh arap jer...huhuhuhh.....

Snow Queen berkata...

puteri kahwin dgn khalif...tp khalif meninggal then, puteri kembali kepada iskandar 2thun mnjadi janda...dah tgk...memang best