27 Jun 2012

Semut Merah Yang Notie



Sehari dua ni, puteri asyik kena gigit ngan semut merah je. Mula-mula kat kaki, lepas tu kat tangan plak. Alahai semut merah, apa yang best sangat gigit puteri ni? Bukannyer kenyang pun. Gi la gigit roti ke, biskut ke, coklat ke..Aisey jangan diorang serang mini market puteri dah la kan.

Bila sebut sal semut merah ni, teringat time umur puteri 8 tahun. Masa tu setiap petang, puteri akan main basikal sorang-sorang kat depan laman rumah puteri. Nak dijadikan cerita, kat laman tu ada satu longkang, jadi untuk 'menyeberang' longkang tu, puteri letakkan la sekeping kayu untuk memudahkan puteri menyeberangi longkang itu.

Sedang puteri leka bermain basikal, puteri pun kayuh la basikal melalui 'jambatan' yang puteri buat sendiri tu, entah macam mana, tayar depan basikal puteri terkeluar jambatan dan termasuk dalam longkang. Puteri plak terjatuh kat atas pokok bunga mama. Pokok apa, puteri tak ingat tapi agak besar la juga pokok bunga tu.

Selamat juga landing kat pokok bunga kan, kalau terjatuh terus dalam longkang pasti lebam satu badan nanti. Puteri cepat-cepat bangun dari pokok bunga tu dan pandang kiri kanan, mana tau ada orang nampak puteri jatuh, mesti diorang gelakkan puteri nanti.

Nasib baik tiada siapa yang nampak. Cepat-cepat puteri tolak basikal keluar longkang. Tiba-tiba terasa macam ada benda yang berjalan kat badan puteri. Tengok-tengok badan puteri dah penuh dengan semut merah. Rupanya kat pokok tu ada sarang semut merah.

Uwaaaaa habis badan kena gigit semua, sangat sakit ok. Tapi sebab takut mama marah, puteri tahan je kesakitan itu. Langsung tak nangis. Cepat-cepat parking basikal dan masuk dalam rumah cari minyak angin cap kapak. Hampir satu botol minyak angin tu puteri tuangkan kat badan. Badan dah mula rasa sakit-sakit plus gatal-gatal.

Terlupa plak bau minyak angin tu kuat sangat. Tiba-tiba mama dah tercegat kat depan pintu bilik. Mama tanya kenapa bau minyak angin kuat sangat. Puteri cakap semut gigit tu yang letak minyak angin sikit. Mama suh tunjunkkan kat bahagian mana kena gigit semut.

Bila nak tunjuk kat mama je, baru perasan yang badan dah mula bengak-bengkak. Mama pun terkejut tengok satu badan puteri ni dah bengkak macam alien...hikkk

Masa tu kebetulan papa baru balik kerja, mama suh papa bawa puteri gi klinik.

Bila gi klinik, doktor bagi ubat dan krim. Malam itu puteri demam panas sebab tak tahan satu badan merah dan gatal. Sakit pun yer gak.

Tak mungkin puteri lupakan kenangan itu setiap kali ternampak semut merah dan terhidu bau minyak angin cap kapak...hehehehe

p/s sambil buat entri..sambil berangan. sib baik tak keluar tajuk...huhu

10 ulasan:

caliph shuriken berkata...

aisey, dgn semut pun jadi kes, hikk...

kaishin berkata...

tgh bayangkan betapa panasnya badan sapu minyak cap kapak banyak2..hurmm pijar rasa badan ;)

azie namico berkata...

Kekeke , tu lah x berhati2 letew , kan dah kene gigit semut merah...put3-put3.

minyak cap kapak jadi mangsa..adeh !

mama annezz berkata...

sib baik princess tak gosok minyak kapak kat mata masa tu.. huhu..

Ayie Abas berkata...

hehehe....kelakar betul laa entry puteri ni....teringat ayie masa kecik..pernah gak kena gigit dgn serangga...

x hanya semut merah...tapi kerengga...semut hitam besar...

semut hitam besar ni kalau kena gigit lagi sakit...sbb gigitannya lebih berbisa...

puteri kasih berkata...

@Caliph : semut yang attack saya..hikk

puteri kasih berkata...

@Kaishin : takmo bayangkan...sebab memang menyesal lepas tuang hampir sebotol kat badan...hikk :P

puteri kasih berkata...

@Azie : tulah zaman budak-budak nakal..hehehe

puteri kasih berkata...

@Mama : tulah..kalau tak habislah mata...hukkk

puteri kasih berkata...

@Ayie : tulah keindahan zaman kanak2 kan :)