19 Jun 2012

Mengertilah



Bila rindu datang bertemu
Terasa ada debaran di kalbu
Adakah kerana kehadiran kamu
Yang tidak pernah ku temu

Bila sayang mula bersemi
Hati ini semakin merindui
Mengharapkan cinta suci
Yang akan terus kekal bersemi

Bila cinta mula dilafazkan
Terasa ingin ada ikatan
Yang sah dan berkekalan
Yang diiringi keredhaan


p/s maaf andainya aku tidak sempurna

10 ulasan:

caliph shuriken berkata...

sempurna itu hanya milik Maha Pencipta ^^

Unknown berkata...

cukup lah dengan menjadi diri sendiri kerana tiada apa yang sempurna di dunia ni kecuali Yang Maha Esa :D

Unknown berkata...

Bila rindu , sayang dan cinta semakin bersemi...mungkin akan ada harapan ikatan yg lebih bermakna , namun pengertian itu jauh berbeza yg kita harapkan...

Jadi lah bunga sakura , hidup hanya beberapa hari , tapi amat bermakna selamanya...

Ayu Imani berkata...

iman pun xcukup sempurna..tp ayat kt atas menusuk kalbu..=(

Ayie Abas berkata...

suatu kata2 yg terbit dari hati puteri yg dalam...kata2 yg menusuk ke kalbu sesiapa yg membacanya...

puteri kasih berkata...

@Caliph : betul tu awak :)

puteri kasih berkata...

@Kaishin : ha ah, menjadi diri sendiri adalah yang sebaiknya kan :)

puteri kasih berkata...

@Azie : adakalanya soal hati sukar dimengerti..namun yang terbaik adalah kita cuba memahami dan menjadi diri sendiri :)

puteri kasih berkata...

@Ayu Iman : kita semua tak sempurna namun kita mampu jadi yang terbaik :)

puteri kasih berkata...

@Ayie : sesekali terasa juga meluahkan apa yang tersirat :)