21 Jun 2012

Yang Terbaik Walaupun Bukan Sempurna




Mood mengupdate blog seakan lenyap buat masa ini. Mungkin sebab sibuk ulang alik hospital ziarah papa. Papa baru je kena bedah lagi semalam. Kesian tengok papa. Berat mata ini melihat penderitaan papa, berat lagi derita yang terpaksa papa pikul.

Setiap hari puteri hanya mampu berdoa agar papa sembuh dan kembali sihat seperti dulu. Semoga papa tabah menghadapi dugaan yang melanda dirinya.

Kata papa, apa yang ada pada kita semuanya pinjaman dari pencipta. Bila dah sampai masanya untuk kita pulangkan apa yang DIA minta, maka tiada apa yang mampu menghalangnya. Kata-kata papa itu penuh dengan keredhaan untuk melalui setiap apa yang tertulis untuknya.

Tapi puteri, mampukah puteri menerima semuanya dengan redha seperti papa. Mampukah hati puteri secekal dan setabah papa?

Puteri tengok mama pun tabah dan sabar melalui semua dugaan ini. Tak pernah sekali pun tengok air mata mama mengalir. Dari dulu lagi mama seorang wanita yang sabar dengan setiap ujian dan tabah menghadapi dugaan. Bertuah papa memiliki mama. Seorang isteri yang sentiasa ada di sisi papa, dalam susah mahupun senang.

Mampukah puteri menjadi sesabar dan setabah mama? Walaupun sepahit dugaan melanda, tetap mampu tersenyum dengan penuh redha. Mampukah puteri menjadi secekal itu? Sanggupkah puteri menjadi isteri sesetia mama? Isteri yang akan berkongsi suka duka bersama lelaki yang bernama suami.

Papa, didiklah anak mu ini untuk memiliki hati secekal papa. Yang mampu redha dengan setiap dugaan yang melanda.

Mama, tunjukkan la pada anak mu ini cara untuk menjadi seorang wanita yang sabar dan tabah untuk melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh ketenangan dan keredhaan. Mama, bimbing la anak mu ini untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat bakal suami ku nanti dan seorang ibu yang penyayang sepertimu.

p/s aku tahu aku tidak mampu menjadi sempurna tetapi aku ingin menjadi yang terbaik untukmu.




10 ulasan:

caliph shuriken berkata...

pengalaman akan mendewasakan kita, smoga tabah mhadapinya :)

kaishin berkata...

berusaha bersama-sama pasti boleh memberikan hasil yang terbaik..berdua lebih baik :)

Ayie Abas berkata...

semua org mampu jadi yg terbaik kalau pun tidak yg paling baik...

asal kan punya niat ke arah itu dan terus bimbing hati dan kemahuan utk mencapainya. ^____^

Ayu Iman berkata...

insyaallah puteri mampu menjadi anak yg solehah dan baik..dan moga bapa puteri cepat sembuh..

mama annezz berkata...

insyaallah.. princess mama ni cekal dan tabah kan :)

puteri kasih berkata...

@Caliph : yup, pengalaman mematangkan :)

puteri kasih berkata...

Kaishin : yang penting kedua-duanya saling faham memahami kan :)

puteri kasih berkata...

@Ayie : niat perlu ikhlas kan barulah semuanya akan dipermudahkan :)

puteri kasih berkata...

@Ayu Iman : Terima kasih yer. Harapnya begitulah :)

puteri kasih berkata...

@Mama Annezz : tengah berusaha ke arah itu :)