23 Jun 2012

Kisah Dalam Lif Hospital



Korang suka naik lif? Puteri tak gemar sangat naik lif, risau kalau lif tu tersangkut.

Sejak papa masuk hospital ni, memang hari-hari la kena naik lif sebab wad papa kat tingkat 4. Kalau puteri gi sendiri, puteri naik tangga je. Kira macam senaman juga tu kan. Lagipun naik dan turun tangga ni memang elok untuk kesihatan.

Tapi memandangkan puteri ni selalu pergi ngan mama atau mak sedare mahupun pak sedare, jadi terpaksalah puteri naik lif. Takkan nak suh diorang naik tangga kan. Kang terseliuh pinggang, puteri juga yang susah.

Nak dijadikan cerita, semalam puteri pergi ke hospital ngan mak sedare. Nak naik ke tingkat 4 dengan lif, adalah lebih kurang 8 orang dalam tu, termasuk puteri dan mak sedare, seorang kakak dan anaknya dalam lingkungan umur 4 tahun, seorang pakcik berbangsa cina, seorang lelaki india, dan dua orang makcik dalam lingkungan 60an.

Dalam lif tu, pakcik yang berbangsa cina tu berdiri dekat tempat untuk tekan tutup buka pintu lif tu. Mula-mula lif bergerak seperti biasa. Tingkat satu pintu lif terbuka, tiada siapa yang masuk. Puteri perhatikan tangan pakcik cina tu..tengah tekan button untuk membuka pintu lif. Mungkin sebab tulah pintu tu terbuka agaknya la kan.

Pintu tutup semula, perjalanan diteruskan ke tingkat dua. Sampai je kat tingkat dua, pintu tu terbuka lagi. Tiada siapa yang masuk. Jari pakcik tu masih berada di button untuk membuka pintu lif.

Sampai ke tingkat tiga, pintu lif terbuka lagi. Seorang pakcik dalam umur 70an pula masuk. Pintu hampir nak tutup, pakcik cina tu tekan button untuk buka. Pintu terus tersekat.

Aisey lif dah sangkut. Lif terus tak gerak dah. Tiba-tiba kakak tu bising, tegur pakcik cina tu. "Aiyoh uncle, tengok sebab lu tekan-tekan itu button, kita semua dah sangkut la dalam ni." Pakcik tu senyap je, buat muka tak bersalah, entah dia faham Bahasa Malaysia ke tak.

Sian anak kakak tu dah mula nangis, dua orang makcik tu pun dah mula panik. Suasana dalam lif tu memang panas. Then lelaki india tadi tu, cuba juga untuk buka pintu lif tu. Nasib baik pintu lif tak tutup penuh, kira muat la untuk dia selitkan tapak tangan dia.

Dia cuba bukakan pintu lif tu, syukurlah berjaya. Dan pintu lif tu buka dan tutup semula seperti biasa dan terus naik ke tingkat 4. Hah betapa leganya hati ku ini bila keluar dari lif tu..hikkk

10 ulasan:

StuntWomanWho :) berkata...

eika pun tak suka naik lif . pening woooo :P

mama annezz berkata...

pheww.. sib baik.. rajin betul pakcik tu tolong bukak pintu.. sampai jem pintu jdnya.. hehe

caliph shuriken berkata...

dia keliru antara button buka & tutup kot, huh...

Ayie Abas berkata...

macam2 ragam ada dlm lif....padahal kalau nak ke tingkat tu bukannya lama pun....lebih kurang 2-3 minit jer....huhu

kaishin berkata...

gatal sangat tangan uncle tu kan..nasib baik tak sangkut terus

puteri kasih berkata...

@Eika : tulah memang pening kan

puteri kasih berkata...

@Mama : tulah mama..dia terover rajin..hehe

puteri kasih berkata...

@Caliph : mungkin jugalah awak...hehehe

puteri kasih berkata...

@Ayie : tulah...manusia ni macam2 ragam kan..hehehe

puteri kasih berkata...

@Kaishin : kalau sangkut terus...mau pengsan lam tu...panas sangat