11 Jun 2012

Jangan Pandang Luaran, Selami Hati



Pagi tadi seperti biasa puteri layan berita online sebelum memulakan kerja harian. Terkejut juga bila terbaca mengenai bapa seorang atlet yang terkenal cuba membunuh diri di Pulau Pinang dengan alasan dia rasa terabai.

Bila difikirkan kembali, puteri yakin anaknya itu bukan segaja mengabaikannya memandangkan anaknya terpaksa berusaha lebih kerana membawa harapan negara di sukan Olimpik nanti. Lagipun ahli sukan itu baru mulai pulih dari kecederaan.

Sepatutnya sebagai seorang bapa, dia sepatunya menjadi pembakar semangat anaknya. Dan bukannya menambahkan bebanan mental pada anak sendiri.

Apa perasaan seorang anak, bila ayah yang diharapkan untuk memberi semangat bertindak sebegitu di saat dia sedang berusaha gigih untuk mencuba menciptakan satu kejayaan yang ulung untuk Malaysia?

Dalam hal berkeluarga, bukan mudah untuk kita menunding jari pada sesiapa. Kita bukan berada dalam keluarga itu untuk menyalahkan si ayah atau si anak.

Puteri berharap mereka semua dapat berbincang antara ahli keluarga dan cuba mencari jalan penyelesaian pada masalah keluarga dan semoga atlet itu dapat fokus semula pada tanggungjawabnya untuk Malaysia

p/s setiap insan ada masalah tersendiri yang penting jangan mudah berputus asa kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya

7 ulasan:

Unknown berkata...

Tu lah azie pun ader dengar berita nie di radio era , harap cheong wei dpt meneruskan usaha nya dan mengharumkan nama negara di persada dunia , wpun byk halangan dan musibah yg melanda.

P/s-berbincang adalah jln terbaik

caliph shuriken berkata...

kdg2 rasa terabai x dpt dielakkan...

Ayie Abas berkata...

terkejut gak bila baca berita pasal tu...ermmm

hati seorg bapa mudah tersentuh lebih2 lagi bab kurang perhatian atau kasih syg dari ahli keluarga yg lain.

puteri kasih berkata...

@Azie : betul tu..kalau berbincang pasti leh selesaikan :)

puteri kasih berkata...

@Caliph : betul tu awk..memang sukar nak elak perasaan camtu

puteri kasih berkata...

@Ayie : hati sesiapa pun akan tersentuh kalau kita tak cuba memahami situasi org lain

Unknown berkata...

terkejut juga dgr berita tu tp dia dah buat statement..salah faham je