17 Jun 2012

Hadiah Untuk Papa



Hari Bapa merupakan hari yang istimewa untuk kaum lelaki yang bergelar AYAH. Pada hari yang istimewa ini, anak-anak pastinya ingin mengembirakan hati ayah mereka dengan membeli hadiah, membawa ayah keluar makan ataupun beriadah dan bersantai bersama ayah tersayang.

Sambutan Hari Bapa kali ini sangat berbeza untuk puteri. Kalau kebiasaannya, bangun je pagi, puteri dah wish Happy Fathers Day kat papa, tahun ni tak boleh sebab papa kat hospital. Kena pergi ke hospital untuk wish papa Happy Fathers Day.

Kalau dulunyer setiap tahun puteri buat kek untuk papa, tahun ini tak boleh dah sebab papa tak boleh makan kek.

Papa, airmata anak mu ini tidak pernah berhenti mengalir saat memikirkan keadaan mu itu. Papa, saya tak mungkin lupa semua jasa papa pada saya. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, papa tak pernah jemu menghantar saya ke sekolah menaiki motor. Bila saya halang kerana tak nak menganggu waktu kerja papa, papa selalu cakap yang papa suka bawa motor kesana kemari. Sehari tak bawa motor, papa rasa bosan je kan. Tapi sekarang ni dah berbulan-bulan papa tak boleh bawa motor dan mungkin tak boleh bawa motor lagi.

Saya perasankan riak kesedihan di wajah papa setiap kali papa melihat motor papa di depan rumah. Papa hanya mampu menyentuh motor itu. Hancur hati saya bila fikirkan perasaan papa.

Papa, hanya doa yang mampu saya hadiahkan untuk papa. Semoga kesihatan papa akan kembali pulih seperti sediakala dan semoga luka di kaki papa akan cepat sembuh.

p/s tak mampu nak taip entri ni panjang-panjang..ni pun nasib baik ada tisu di sisi

10 ulasan:

Unknown berkata...

Sampaikan hari bapa ini , utk papa awk puteri...selamat hari bapa pakcik , semoga cepat sembuh utk melihat kegembiraan anak mu ini a.k.a puteri

Unknown berkata...

selamat hari bapa untuk papa awak ye..semoga pakcik cepat sembuh :)

caliph shuriken berkata...

smoga papa awk cpat sembuh ^^

Ayie Abas berkata...

selamat hari bapa....untuk ayah puteri..

dan juga selamat menjaga ayah..pd puteri..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul nya kan?

semoga kesabaran sentiasa bersama puteri hingga ayah sembuh...insya Allah.

mama annezz berkata...

air mata mama mengalir lagi... bertabah lah princess.. semoga papa princess cepat sembuh.. supaya princess mama ni kembali tersenyum manis..

puteri kasih berkata...

@Azie : terima kasih zie...selamat hari bapa untuk ayah azie juga :)

puteri kasih berkata...

@Kaishin : trima kasih...selamat hari bapa untuk papa awak juga :)

puteri kasih berkata...

@Caliph : arigatou awak ^^

puteri kasih berkata...

@Ayie : selamat hari bapa untuk ayah ayie juga yer. Terima kasih untuk semua kata-kata semangat selama ini yer :)

puteri kasih berkata...

@Mama Annezz. : terima kasih mama, takmo sedih sedih yer :)