11 Mei 2012

My Dream Holiday

I need a holiday, itulah kata-kata yang bermain dalam minda puteri tika ini. Terbayang-bayangkan kebiruan laut yang menyejukkan mata, desiran ombak yang mententeramkan jiwa, hembusan bayu yang memberi ketenangan minda dan kesegaran udara yang membuatkan puteri ingin holidayyyyyyyyyy..hukk

Cuti impian puteri, berada di sebuah pulau yang jauh dari kesibukkan manusia dan kesesakkan kenderaan. Hanya ditemani pohon-pohon hijau yang rendang, dengan bunyi kicauan burung yang sungguh mengasyikkan.

Ingin berlari-lari anak di pantai sambil dipukul desiran ombak-ombak kecil di kaki. Ingin bermain layang-layang yang tinggi nun jauh disana di terbangkan angin. Ingin membina istana pasir yang tersergam indah seperti istana seorang puteri raja...hikkk







p/s terasa seperti sedang duduk dalam oven tika ini, tiba-tiba seakan peti sejuk itu memanggil daku...hikkk


6 ulasan:

thomas berkata...

Nice dream,saya baru balik dari bercuti di Perhentian Kecil,a nice break after so long.

Ayie Abas berkata...

kat port Dickson pun mcm tu kan suasana nya? :D

puteri kasih berkata...

@Thomas : bestnyer bro dapat bercuti eh. Hope you had a lovely holiday :)

puteri kasih berkata...

@Ayie : agak tak sama dah

caliph shuriken berkata...

berdiri kukuh sebuah peti sejuk di tepi istana pasir, hikk..

*klau awk dok area utara skrg ni msti pengsan agaknya sbb sini mmg panas giler ;p

kaishin berkata...

bestnya kan kalau dapat pegi pulau..teringin :)