17 Mei 2012

Bila Hati Berbunga Riang



Mak sedare ku dah pulang...yeayyy...hikkk

Semalam ke KLIA untuk menjemput mak sedare yang akhirnya kembali ke Malaysia setelah 18 tahun. Terasa ibarat rancangan jejak kasih semasa di KLIA semalam, bila melihat air matanya berderaian kerana terlalu bahagia dapat kembali ke tanahair tercinta.

Jadi semalam semua kaum keluarga berkumpul di rumah nenek, meriah je rasa bila di hiasi gelak tawa. Wajah nenek pun nampak ceria sangat melihat anaknya pulang akhirnya walaupun hanya untuk sebulan.

Ingatkan semalam tak nak online sehari, sebab balik rumah pun dah agak lewat dan badan dah letih. Tapi hari rasa ibarat tak lengkap tanpa mengetuk jejari di keyboard. Jadi bila sampai je kat rumah, lepas mandi terus mengadap lappy. Mula-mula plan nak online untuk balas jejak di blog je. Tapi lepas tu terus online sampai pukul 5 pagi...hikkk walhal pukul 7 pagi ini kena bawa ayah ke hospital.

Tapi bila hati dah berbunga riang, rasa ngantuk pun hilang melayang...hikkk



p/s terasa seumpama diriku telah mendapat satu semangat baru ^_^




12 ulasan:

Ayu Iman berkata...

indahnya perasaan tue...

caliph shuriken berkata...

hati umpama taman klcc laa skrg kn, hikk...

JungRara berkata...

bila dapat onlone mmg x hengat dunia..hihi

FARHAN berkata...

waaa bestnya.. dh lma xjmpa, walapun sebulan.. dpt jgk lepaskan rindu kn.. ^^

Ayie Abas berkata...

berkumpul bersama2 keluarga yg lama x jumpa memang rasa happy sgt... :)

kaishin berkata...

18 tahun? lamanya duk oversea huhu

puteri kasih berkata...

@Ayu : sangat indah ^_^

puteri kasih berkata...

@caliph : ibarat taman bunga yang bunganya sedang kembang mekar dan mewangi :P

puteri kasih berkata...

@Jungrara : tau takpe :)

puteri kasih berkata...

Farhan : haah sangat best :)

puteri kasih berkata...

@Ayie : yup. sangat happy :)

puteri kasih berkata...

@Kaishin : Yup sangat lama