18 Mei 2012

Pulangkan Novel Aku



Pagi tadi bawa ayah untuk temujanji dengan doktor pakar di hospital. Pukul 8.30pagi dah sampai kat sana tapi klinik pakar di Hospital Tuanku Jaafar itu telah penuh dengan pesakit. Banyak kerusi kat klinik pakar itu namun kesemuanya dah ada orang yang sedang duduk.

Misi utama cari tempat duduk untuk ayah sebab ayah tak boleh berdiri lama nanti akan effect kat kaki yang baru operate hari tu. Selepas toleh kiri, kanan, depan dan belakang, akhirnya berjaya juga jumpa satu kerusi kosong untuk ayah.

Tapi puteri pula terpaksa berdiri, hukkk. Takpe ku gagahkan diri jua. Bosannya berdiri lama tanpa buat apa-apa, jadi apa tunggu lagi, novel dalam beg terus dikeluarkan. Tapi baca sambil berdiri tak best. Memandangkan tiada kerusi untuk duduk, tanggalkan je selipar dan duduk atas selipar bersebelahan kerusi ayah..hikk

Peduli apa kalau sesiapa nak pandang pun, kang aku berdiri lama-lama, aku pengsan ke apa, korang juga yang susah kena dukung aku kan. Jadi eloklah aku duduk camtu, selesa juga aku nak baca novel. Ada juga dua tiga orang yang mencangkung kat klinik tu sebab kaki dah lenguh kot.

Bila mata dah fokus pada novel, mulalah puteri masuk ke dunia imaginasi sebab nak amek feel watak-watak untuk novel tersebut. 

Sedang duk syok layan buku, tiba-tiba ada seseorang tegur.

"Baca buku apa tu?"

Puteri segera mendongakkan kepala memandang pada tuan yang menyoal tu. Seorang pakcik dalam lingkungan 50an kalau tak silap puteri

"Saya baca buku cerita pakcik" puteri menjawab dengan penuh kesopanan..hikkk

"Tajuk apa?" Pakcik yang sedang berdiri kat sebelah aku tu mula menyoal.

Terus Puteri tunjukkan tajuk yang tertera kat kulit novel tu dan menyebutkan tajuknya. 

Tanpa diduga, pakcik itu mencapai novel yang sedang ku baca itu dan terus mengambilnya. Bila novel dah ditangannya, dia terus membelek-belek novel itu. Penanda buku yang didalam novel itu pun dikeluarkannya dan dibelek-belek.

Puteri hanya mampu memandang pakcik tu sambil mengerutkan dahi. Kelu pula lidah untuk bercakap time tu tapi dalam hati dah geram dah sebab puteri memang sangat tak suka bila orang ambil buku dari tangan time puteri tengah syok baca.

Nak je aku sound kat pakcik tu ha, tapi memandangkan dia lebih berumur, puteri diam je dulu. Tengok apa dia nak buat ngan buku puteri tu. Kalau itu orang muda, memang dah lama puteri sound terus. Dah la penanda buku tu dia dah keluarkan, nanti tercari-carila nak mula baca semula dekat muka surat mana...grrrr

Selesai pakcik tu mengodek buku puteri, dia pun memulangkannya semula pada puteri dengan soalan

"Ini buku tentang keagamaan ke?"

"Bukan pakcik, itu novel tentang kehidupan"

Tanpa berbicara apa-apa lagi, pakcik tu pun berlalu pergi tanpa kata.

Puteri hanya mampu gelengkan kepala waktu itu. Macam-macam perangai orang yer.


p/s esok bermulalah kelas kraf...yeayyy


5 ulasan:

caliph shuriken berkata...

aisey, jadi cmtu.. apa tajuk novel awk tu?

kaishin berkata...

eh tetiba je pakcik tu ambik..dia berminat kot :D

puteri kasih berkata...

@caliph : ku rela cinta ini bertamu

puteri kasih berkata...

@Kaishin : sib baik dia pulangkan balik...hikk

Ayie Abas berkata...

pak cik mesti laa byk yg dia nk tau...kena hormat sbb usia nya...