2 Apr 2012

Berkorban Demi Impian

Lama pula blog baru seakan terabai tanpa entri. Sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan hal-hal lain sehinggakan banyak benda yang agak terabai.

Dulu masa bekerja dengan orang pun tak terasa sesibuk ini. Ingatkan bila dah kerja sendiri takdelah sibuk mana, boleh juga ada lebih masa terluang untuk diri sendiri tapi sebaliknya pula.

Namun setiap impian perlukan pengorbanan kan.

Setiap hari puteri bersyukur kerana memilih untuk bekerja sendiri walaupun pendapatan buat masa ini kadangkala tak tentu namun sekurang-kurangnya sebagai anak tunggal puteri dapat beri tumpuan pada mak ayah. Lagipun sekarang ni memang ayah perlukan lebih perhatian. Nak kena jaga makan minum untuk pastikan ayah makan ikut diet yang sesuai. Waktu ubat ayah pun kena jaga lagipun kena pastikan bagi ayah ubat yang betul. Bukan main banyak ubat-ubat ayah macam boleh buka mini farmasi..hehehe

Tarikh-tarikh untuk rawatan ayah semua kena hafal, takut terlepas pandang pula nanti. Bulan ni je ada 5 appointment tu tak termasuk mencuci luka hampir setiap hari. Terasa macam hospital tu dah jadi tempat kerja puteri yang baru sebab hampir setiap hari kena bangun awal untuk ke hospital menemani ayah.

Walau adakalanya terasa tak berdaya namun puteri bersyukur kerana diberi peluang untuk menjaga ayah dan ibu dan sentiasa ada untuk mereka setiap kali puteri diperlukan.

Kadang kala terluah juga di hati 'Kalau aku ada suami atau orang tersayang di sisi kan senang, ada juga tempat aku nak mengadu. Ada juga insan yang berada di sampingku saat aku perlukan'. Namun apa dayaku..hukhuk. Memandangkan diri ini masih sendiri jadi terpaksa puteri gagahkan jua untuk menghadapinya   semuanya.

'There is no one for me to depend on but God is there to guide my way.' Itulah kata-kata yang sentiasa puteri bekalkan pada diri dan sampai ke hari ini puteri masih mampu untuk meneruskan.

p/s terasa macam power rangers and also kamen rider pink...hehehe

5 ulasan:

caliph shuriken berkata...

gambatte ne kamen rider pink ^^

puteri kasih berkata...

@Caliph : arigatou ketua kamen ...hikhik

Ayie Abas berkata...

besarnya jasa puteri kpd ibubapa...bukan semua org boleh berbuat seperti puteri ni...ada anak2 yg abai ibubapa mereka..ermmm

semoga segala kebaikan akan sentiasa bersama2 puteri.

anie berkata...

jagalah mereka selagi mereka masih ada

'idun sa'idun berkata...

Besar ganjaran dpdNYA utk puteri kerana menjaga ibu bapa puteri.. Akak pasti ibu bapa puteri berbangga dengan puteri :) Dlm pada menjaga dan menguruskan ayah, puteri pun jangan lupa jaga kesihatan diri ya.. Salam sayang dpd akak.. :)