23 Mac 2012

I Am Miss Perfect

Bilalah manuskrip puteri nak siap ni?

Sepatutnya dah siap sejak minggu lepas, namun puteri masih tak puas hati dengan jalan cerita yang telah terhasil menyebabkan puteri recheck semula bermula dari bab 1. (and now baru puas until bab 12)

Ok fine, puteri mengaku, puteri adalah seorang yang selalu nak kan kesempurnaan dalam sesuatu yang puteri lakukan.

Puteri jarang berasa puas dengan setiap apa yang puteri hasilkan, ini termasuk masakan, hasil kraf, blog tidak terkecuali manuskrip puteri.

Biarpun semua memuji, puteri tetap rasa ada kekurangan. Puteri adalah pengkritik terhebat untuk diri sendiri.

Selagi puteri rasa sesuatu hasil kerja puteri boleh diperbaiki, selagi itu puteri tak pernah puas.

So entah bilalah puteri akan betul-betul puas dengan manuskrip puteri yang pertama ini.

Harap sebelum end of this month puteri dapat menghantarkan karya kepada pihak Kaki Novel.

Wish me luck :)

4 ulasan:

caliph shuriken berkata...

lebih kurang laa kita, klau x puas ati mmg x publish new en3, huh...

Irah Si Budak Blur berkata...

smg berjaya akk..xpe..slow2..jnji kualiti tu yg terbaikkk.. =)

puteri kasih berkata...

@caliph : tulah..yang peting kepuasan hati kan :)

puteri kasih berkata...

@Irah : thanks dear :)