19 Mac 2012

Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa




Senyuman itu penyeri wajah. Malah senyuman itu juga penyeri hari. Bukan sahaja hari kita sendiri namun juga hari insan-insan lain yang melihatnya.

SENYUM, tidak sukar untuk di lakarkan di wajah bukan. Cuba korang senyum sekarang ni. Ha kan dah berseri-seri wajah itu :) Tak susah pun kan.

Namun adakalanya begitu sukar untuk seseorang mengukir senyuman. Mahal sangat senyuman diorang kot. Tak pun takut gigi diorang tertanggal dan terus jatuh ke lantai.

Seperti biasa hari ini puteri ke hospital sekali lagi untuk membawa ayah. Kawasan hospital sentiasa dipenuhi dengan pesakit-pesakit yang keluar masuk. Kalau pesakit melihat petugas-petugas hospital mengukir senyuman mesti kesakitan yang di alami pun berkurangan kan. Almaklumlah senyuman itu juga merupakan sejenis ubat yang mampu mempengaruhi emosi.

Namun kalau orang yang kat kaunter pendaftaran pun dah masam mencuka di awal pagi, pastinya dah merosakkan mood para pesakit. Hurmmm

Wahai petugas-petugas di meja hadapan (kaunter-kaunter), jagalah reputasi kamu sebagai pekerja yang cemerlang, jadi kalau boleh senyum la sikit bila orang cakap terima kasih kepada korang.

Ataupun perlu diadakan kelas untuk mengajar korang untuk senyum?


Hanya mampu tersenyum melihat gelagat manusia yang sukar senyum.

4 ulasan:

Ayie Abas berkata...

senyum yg ikhlas senyum sedekah yg mudah. :)

caliph shuriken berkata...

atur satu kelas senyum utk diorg join, huh...

puteri kasih berkata...

Ayie : namun orang tetap sukar untuk senyum :)

puteri kasih berkata...

caliph : kelas yang pastinya berseri :)