18 Mac 2012

Kenapa Kau Tinggalkan Aku Sebatang Kara

Happy Sunday korang.

Pastinya hujung minggu seperti ini, korang dah menyusun pelbagai agenda untuk bersama keluarga tercinta dan juga teman-teman tersayang. Sesekali berkumpul beramai-ramai, pastinya suasana akan riuh rendah di hiasi dengan gelak tawa.

Namun di saat kita berbahagia ditemani insan-insan tersayang, pastinya ada insan-insan yang terbiar sebatang kara. Mereka terpaksa melalui hidup ini sendirian.

Agaknya apa perasaan mereka?



Mereka sentiasa keseorangan. Tiada tempak untuk bercerita. Tidak kedengaraan gelak tawa. Sentiasa bertemankan sepi. Tiada siapa di sisi untuk berkongsi suka dan duka. Sakit pening terpaksa ditanggung sendiri.

Puteri terfikirkan isu insan sebatang kara ini bila terkenangkan kisah petang semalam semasa puteri pergi berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan. Ketika berjalan tu, puteri lalu depan sebuah rumah. Rumah tu agak usang, kawasan sekitar rumah itu pun nampak agak terabai. Sekali pandang ibarat sebuah rumah yang bertahun-tahun ditinggalkan tak berpenghuni.

Namun rumah itu menjadi tempat berteduh seorang wanita dalam lingkungan usia 40an. Wanita itu OKU. Dia tinggal keseorangan di rumah itu. Yang lebih menyayatkan hati, pintu rumahnya dah usang dan tidak boleh ditutup, bekalan elektrik pun dah lama terpotong.

Wanita itu seorang anak yatim piatu. Namun dia ada seorang abang yang memilik perniagaan bengkel kereta yang agak berjaya dan telah pun berkeluarga

Terlintas juga di hati puteri, takkan seorang abang tidak boleh menjaga seorang adik kandung.

Setiap hari ada seorang makcik dari kawasan sekeliling yang akan hantar makanan ke rumah wanita yang kurang upaya ini. Syukurlah ada juga insan yang prihatin untuk membantunya.

Namun apa perasaan wanita kurang upaya ini bila tibanya waktu malam. Keadaan rumahnya pasti gelap gelita. Pasti bahaya untuk dirinya sebagai seorang wanita ditambahkan lagi dengan rumahnya yang tak berpintu, memudahkan lagi untuk orang masuk ke dalam.

Dah bertahun-tahun wanita itu hidup dalam keadaan camtu. Pasti kosong terasa hidupnya tu kan.

Jadi bila kita kesunyian, jangan asyik merungut je. Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai keluarga yang menyayangi kita dan rakan-rakan yang selalu menemani kita.

Semoga wanita itu sentiasa dilindungi olehNYA.

6 ulasan:

caliph shuriken berkata...

simpati dgn keadaan hidup wanita ni...

*klau citer ni msuk tV, berebut2 org nk tolong semata2 nk raih undi, huh..

puteri kasih berkata...

tulah..tolong tanpa keihklasan kan...huk

Ayie Abas berkata...

sebuah kisah menyayat hati.

Kiat Bahagia berkata...

Harus di bantu Puteri Kasih

puteri kasih berkata...

ayie : ya sangat simpati dengannya

puteri kasih berkata...

kiat bahagia : ya memang harus dibantu