21 Mac 2012

Kekasih Gelap


Ku mencintai mu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelap ku.

Lirik lagu dari kumpulan Ungu itu sudah cukup mengambarkan apa yang dimaksudkan dengan kekasih gelap. Mencintai seseorang dalam rahsia, tanpa pengetahuan orang lain, hanya kedua pasangan sahaja yang tahu mereka bercinta.

Ini bukan perkara baru, dah ramai yang melalui dan merasainya. 

Pasti bersebab seseorang pasangan itu perlu menjadi kekasih gelap, antaranya :-

1) tiada restu orang tua
2) salah seorang pasangan telah pun berkahwin
3) terpaksa mengikut kehendak pasangan 

Bukan mudah untuk menjadi seorang kekasih gelap. Hati akan sering kali terluka dan terseksa. 

Pada Puteri, dalam bercinta perlu jujur. Tak perlu disorokkan. 

Apa yang puteri perhatikan isu kekasih gelap ini sering kali muncul akibat kecurangan. Seupama sebuah perhubungan yang penuh dengan hipokrasi. Di belakang orang bersayang dan bermanja, namun di depan orang terpaksa berlakon ibarat teman biasa.

Kalau serius bercinta pastinya isu kekasih gelap tak akan wujud.

Pada sesiapa yang terasa dirinya seumpama kekasih gelap, buatlah satu keputusan untuk mengubah situasi itu. Jangan biarkan hati terus disakiti dan dilukai

Peliharalah hati. Jangan biarkan ianya terluka kerana sikap pentingkan diri yang wujud pada pasangan.

7 ulasan:

caliph shuriken berkata...

kekasih gelap yg fair skin, hukk...

Tanpa Nama berkata...

suka lagu nie :)

Kiat Bahagia berkata...

Hentikan Kekasih Gelap.

puteri kasih berkata...

caliph : kekasih cerah ke..hikhik

puteri kasih berkata...

nazhirah : puteri pun suka :)

puteri kasih berkata...

kiat bahagia : ya perlu di hentikan :)

defchania berkata...

berkunjung