Semalam merupakan hari yang agak sibuk untuk puteri. Terpaksa berkejaran turun naik tangga hospital. Kena selesaikan bil hospital, ambil ubat dan check appointment untuk pemeriksaan ayah yang seterusnya.
Syukurlah akhirnya selepas 8 hari di hospital, ayah dibenarkan keluar wad dan boleh balik ke rumah. Cuma setiap pagi puteri kena bawa ayah ke hospital untuk rawatan selajutnya.
Happy sangat ayah dah boleh balik. Sekurang-kurangnya puteri dan mak boleh beri tumpuan kepada ayah. Kalau kat hospital tu, puteri agak risau juga sebab adakalanya tiada siapa yang jaga ayah pada waktu malam.
Puteri harap sangat lepas ni ayah akan cepat sembuh dan kembali kepada rutin sehariannya. Namun mulai sekarang, pemakanan ayah perlu dipantau dengan lebih tegas.
Benda-benda yang manis dah tak boleh simpan kat rumah, risau ayah akan makan nanti. Gula-gula dan coklat semua puteri dah kunci dalam bilik puteri. Harap tak adalah semut yang datang menyerang nanti...hehehe
Ok la korang, puteri nak bawa ayah ke hospital dulu yer.
10 ulasan:
yup, coklat pepel pun xbole kurier kt awk kn, hikk...
oloh..siapa cakap tak boleh? hukhuk..sila kurier yer...nanti dah dapat saya kuncikan lam almari..hikhik
semoga ayah putri sentiasa sihat.
Nurul Faiz Bikers : terima kasih cikgu :)
puteri boleh jadi anak contoh kpd org lain.
semoga ayah puteri kembali spt biasa.
that's good news,take care.
jangan sis pulak yang melantak gula2 dan coklat tu dah.. hehe
Ayie : setiap anak pun pasti akan melakukan benda yang sama :)
thomas : Thank you bro :)
Aisya : heheh..akan dikawal :)
Catat Ulasan