5 Jan 2013

Where to find you?

Kenapa eh bila kita nak sangat kat something, benda tu sukar didapati tapi bila kita tak nak, kiri kanan depan belakang benda tu ada je...korang pernah tak alami macam tu? Ke puteri sorang je yang dah banyak kali kena macam ni?

Actually puteri tengah cari sebuah buku. Sebelum ni setiap kali puteri singgah kedai buku, mesti buku tu ada. Pergi mana-mana kedai buku pun, pasti akan ternampak buku ni tersusun kat rak, berlambak plak tu. Tapi masa tu puteri sekadar look through je. Tak pernah terlintas difikiran untuk membelinya.

Lately puteri banyak baca review positif tentang buku tu. Rata-rata yang telah membacanya mengatakan buku tu memang bermanfaat dan wajib dimiliki. Tapi still tak pernah terdetik dihati puteri untuk mendapatkannya.


Beberapa hari lepas, duk sembang dengan my aunty yang tengah bercuti sebulan kat Malaysia. Antara topik yang dibincangkan adalah tentang buku, pastu puteri ada menyebut tajuk buku tu dan mak sedare pun cakap yang dia juga banyak mendengar komen positif tentang buku tersebut.Masa itu baru terlintas di hati ni nak mendapatkan buku tu. 

Esoknya terus ajak mak sedare gi kedai buku cari buku tu, namun hampa sebab hampir 5 kedai buku yang puteri singgah, langsung tak kelihatan dah buku tu. Bila ditanya pada jurujual, jawapan yang diberikan semuanya sama. "BUKU TU DAH HABIS DIJUAL" Arghhhhh, time nak beli, time tu lah dah habis dijual....hukkk

Esok nak cuba cari di kedai buku lain pula. Harap sangat dapat memilikinya. ^_^

p/s moga tiada salah kefahaman lagi ^_^


6 ulasan:

Azie Namico berkata...

Aik !bagus sangat eh buku tu..sampai abis pulak...kekeadang akan jadi mcm tu..hahaha
try cari lagi puteri....

Ayie Abas berkata...

aah..memang selalunya begitu kan...ayie juga pernah mengalaminya beberapa kali :)

insya Allah puteri akan memperolehi juga buku idaman tu nanti ^__~

aisya berkata...

buku ape sis? hehe

puteri kasih berkata...

Azie : dengar cerita memang bagus..buku jenis self improvement :)

puteri kasih berkata...

Ayie : selalunya apa yang kita nak..tulah yang susah nak dapat kan :)

puteri kasih berkata...

Aisya : buku jenis self improvement and motivation :)