15 Jun 2012

Hari Yang Serba Serbinya Tidak Kena



Semalam merupakan hari yang serba serbinya tak kena.Mula-mula bila bangun pagi tiba-tiba kaki puteri seakan terseliuh. Alahai nak jalan ke bilik air pun payah. Kalau la ada yang leh dukung kan..hikk.

Terpaksalah sapu minyak dan urut sikit. Lepas dah kurang sakitnya dan leh berjalan, puteri terus ke bilik air untuk mandi. Buka paip, aisey air lak takde. Camana nak mandi ni. Nasib baik kat rumah selalu ada stok air yang di simpan dalam baldi. Terpaksa gunakan air tu je untuk mandi.

Selepas dah selesai rutin kerja rumah, mulalah nak fokus pada kerja. Tiba-tiba kecoh kat laman rumah. Adoiyai Boy gaduh dengan kucing yang datang dari ceruk mana entah. Habis pecah pasu bunga mak puteri. Terpaksa lah gi bersihkan tanah yang terkeluar dari pasu yang dah berderai.

Selesai sesi mengemas laman, masuk je lam rumah, ayah gitau kaki dia rasa macam tak selesa je. Buka balutan tengok macam dah ada luka-luka kat jari kaki yang lain sedangkan luka tempat bedah haritu pula dah hampir kering. Risau juga tengok keadaan kaki ayah sebab dulu arwah atuk pun camtu gak. Mula-mula kena bedah ibu jari kaki je, lepas tu makin lama makin merebak. Akhirnya kaki kena potong sampai ke atas lutut. Harap sangat ayah tak akan melalui semua tu..hukk

Pagi nanti nak bawa ayah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Entah kena tahan kat wad atau tidak nanti. Harapnya tidak. Sebab setiap kali stay kat wat, paras gula dalam darah ayah jatuh menjunam dan itu sangat membahayakan kesihatan sebab boleh mendatangkan maut.


P/s mampukah aku terus tabah?


10 ulasan:

kaishin berkata...

sy percaya puteri pasti mampu terus tabah dan harap ayah takde apa2 ye puteri..erm meh sini sy papah kan :D

Bulan Syurga Firdausi berkata...

mampu, pasti :) Allah sedang melihat & mendgr hati anda..

JungRara berkata...

sabar ye cik puteri. Setiap dugaan yang datang, Allah uji kerana sayangkan hamba-Nya

caliph shuriken berkata...

smoga trus tabah dgn dugaan ni...

Ayie Abas berkata...

insya Allah..puteri mampu terus tabah lalui liku2 kehidupan ini :)

tersenyum laa...

puteri kasih berkata...

@Kaishin : terima kasih awak :)

puteri kasih berkata...

@Bulan Syurga Firdausi : Terima kasih :)

puteri kasih berkata...

@JungRara : terima kasih :)

puteri kasih berkata...

@Caliph : trima kasih yer awak^^

puteri kasih berkata...

@Ayie : terima kasih untuk kata-kata semangat :)