16 Mac 2012

Ayah Jangan Zalimi Aku, Mak Jangan Bunuh Aku




Artikel yang INI membuatkan puteri merenung sejenak. Kenapa seseorang sanggup bertindak sekejam itu?

Sejak kebelakangan ini kita dihidangkan dengan beberapa kisah tragis yang menimpa kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. Yang menyebabkan kematian mereka adalah insan-insan yang sepatutnya melindungi mereka. Murah sangat ke nyawa kanak-kanak itu sehingga ada insan yang tergamak membunuh mereka?

Airmata puteri mengalir setiap kali membaca kisah anak kecil yang mati kerana perbuatan atau kealpaan insan yang bergelar ibu dan bapa. Bukankah ibu-bapa yang sepatutnya melindungi anak-anak mereka?

Anak mati di tangan ibu bapa sendiri bukan lagi satu isu baru. Dah banyak kes buang anak yang kita dengar dan yang terbaru pula kes kanak-kanak yang berusia 5 tahun di campak dari tingkat 6 pangsapuri, hanya kerana ibunya marah dan merajuk.

Mengapa seorang ibu sanggup mencampak anaknya sehingga berderai kepala anaknya itu? Kenapa seorang bapa tergamak membunuh anak dari benihnya sendiri?

Jujurnya puteri tak mampu mencari jawapan yang logik untuk persoalan itu. Pada puteri seseorang yang mempunyai akal yang waras tidak akan bertindak ke tahap itu.

Bila lenyapnya pendoman, hilangnya kewarasan dan terpadamnya rasa kasih dan sayang, seseorang sanggup melakukan apa sahaja sampai ke tahap membunuh zuriat sendiri.



Ingatlah Wahai Ibu Bapa:-


Anak mu itu tidak pernah meminta untuk lahir ke dunia ini. Anak mu itu tidak pernah meminta untuk di zalimi. Anak mu itu hanya ingin di manjai dan di sayangi. Anak mu itu milik yang hakiki

10 ulasan:

Unknown berkata...

sedih pulak bace entry sis yg ni.. huhu

Ayie Abas berkata...

manusia semakin hilang kemuliaan sbg insan terbaik antara sekalian makhluk

Cikrosecute berkata...

Sedihnya baca entry nie puteri...hihihi

caliph shuriken berkata...

rezki yg disia-siakan...

tnZackJ berkata...

anak adalah amanah...jangan dipersiakan

puteri kasih berkata...

Zackj : betul tu bro..dah dah semakin dipersiakan sejak kebelakangan ini

puteri kasih berkata...

Aisya : kisah yang semakin kerap terjadi sejak kebelakangan ini

puteri kasih berkata...

ayie : tulah...kdg kala kelu juga bila terjadi perkara sadis seumpamanya

puteri kasih berkata...

cik rose : tulah..sedih kan cik rose

puteri kasih berkata...

caliph : yer ternyata satu anugerah yang dipersia