15 Mac 2012

Anak Itu Anugerah

Setiap anak yang hadir di dunia ini merupakan anugerah teristimewa dariNYA. Menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk menyayangi dan melindungi anak tersebut. Ibu bapa perlu sedaya upaya memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Terdetik di hati puteri untuk menulis entri ini tatkala membaca pelbagai luahan di alam maya berkaitan kes pembunuhan kejam terhadap seorang kanak-kanak kecil baru-baru ini.

Siapa yang patut dipersalahkan, buat masa ini tidak penting, kerana anak yang tak berdosa itu tidak mungkin kembali lagi namun sampai bila kes-kes sebegini akan terus berlaku akibat dari kealpaan dan kelalaian individu yang bergelar ibu bapa.

Seorang anak kecil pastinya terlalu naif untuk mengerti apa itu bahaya dan pastinya kita semua tahu bahawa bahaya ada dimana-mana. Bukankah tugas kita sebagai seorang dewasa, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibu bapa untuk memastikan anak-anak yang tak berdosa ini tidak teraniaya?

Mungkin ada yang menyatakan semua ini dah ditakdirkan, benda dah memang nak terjadi. Namun secara logiknya, wajarkah seorang kanak-kanak kecil dibiarkan berseorangan?

Pada mereka yang bergelar ibu dan bapa, tak kisah la ibu bapa kandung, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat mahupun penjaga kepada anak-anak yang kecil, pastikan anda semua menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Jangan kelak anda menangis dan meraung bila insan yang telah dianugerahkan pada anda pergi buat selamanya akibat kealpaan anda sendiri. Kerana perginya tidak mungkin kembali lagi.

8 ulasan:

Ayie Abas berkata...

tiada seorg ibubapa bapa pun di dunia ini yg memerhati anaknya 24 jam kan puteri?

puteri kasih berkata...

sebagai ibu bapa..dah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan anak mereka berada di bawah pengawasan...terutamanya yang masih kecil

caliph shuriken berkata...

apa2 saja bole berlaku klau leka seketika...

Unknown berkata...

hari selasa hari tu kan sis, sy and kwn2 pergi psr malam.. masa on the way balik tu kitorg hampir terlanggar sorg budak yg lari melintas jalan dgn tiba2.. nasib baik sempat brek.. yg buat kitorang speechless, mak buda tu kat sebelah pandang dgn muka selamba je.. nasib baik takde apa2.. dah tu nanti mula nak tuding jari sana sini.. huhu..

puteri kasih berkata...

caliph : yup betul tu awk..kelekaan boleh menbinasakan .hukhuk

puteri kasih berkata...

Aisya : nasib baik budak tu selamat kan. sejak kebelakangan ni sis nampak macam banyak kejadiaan yang menimpa kanak-kanak akibat kelekaan ibu bapa..hurmm

Unknown berkata...

tu la sis.. dh apa2 jadi nnti nk salahkan org lain.. huhu.. dah benda nk jadi baru nk menyesal..

puteri kasih berkata...

aisya : masa tu dah terlambat dah