8 Mei 2015

Tips Mudah Untuk Kempiskan Perut

Anda ada masalah perut buncit? Terasa seperti banyak lemak terkumpul di bahagian perut dan perkara itu sangat merisaukan anda? Jangan risau anda bukan bersendirian.

Ramai wanita sebenarnya berdepan dengan masalah perut buncit. Antara penyebab utama adalah kurang menjaga pemakanan dan tak rajin bersenam. Masalah perut buncit sebenarnya menjejaskan penampilan. Dan masalah perut buncit sebenarnya bukan sahaja berlaku kepada wanita berbadan gempal tetapi wanita yang kurus pun boleh mengalami masalah yang sama akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat.

Di bawah ini dikongsikan beberapa tips mudah yang boleh anda amalkan untuk mengempiskan perut yang buncit.

Tips Mudah Untuk Kempiskan Perut


1) Ambil sebiji limau nipis, belah kepada dua bahagian dan perah jusnya ke dalam cawan. Campurkan sedikit kapur sirih kedalam perahan jus limau tadi. Kacau rata dan sapukan perlahan ke bahagian perut. Selepas itu ambil sehelai kain atau bengkung untuk membalut perut. Cara ini dapat memecahkan lemak dari dalam. Amalkan setiap malam sebelum anda lelapkan mata.

2) Ambil sedikit asam jawa dan campurkan kedalam segelas air. Bancuh sehingga sebati. Biarkan air itu semalaman. Bangun awal pagi keesokan hari dan minum air asam jawa tersebut. Jika diamalkan secara kerap, anda pasti akan puas melihat hasilnya.

3) Aloe Vera atau daun lidah buaya boleh juga membantu mengempiskan perut. Caranya anda perlu rebuskan daun lidah buaya dengan air asam jawa di atas api sehingga campuran tersebut menjadi pekat. Biarkan sejuk untuk beberapa jam, selepas itu sapukan ke bahagian perut.

Semoga tiga tips mudah untuk kempiskan perut yang dikongsikan di atas ini membantu anda menyelesaikan masalah perut buncit. Selain itu pastikan anda rajin bersenam, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.



Tiada ulasan: