2 Jan 2013

Ke Garisan, Sedia....Mula

Tahun baru 2013 dah pun bermula, malah dah nak masuk ke hari ketiga dah pun. Time really is flying. Ramai yang tanya puteri countdown ritu kat mana? Puteri countdown ditempat yang paling selesa iaitu di atas sofa di depan kaca tv sambil makan ayam goreng..hehe

Begitulah rutin setiap malam tahun baru, berkumpul bersama keluarga di rumah. Puteri tak suka berhimpit-himpit di tempat sesak. Lagipun takde apa yang nak celebrate sangat, sebab kita sendiri pun tak tahu apa yang bakal terjadi. Tak semestinya kehidupan kita akan berubah 360 darjah setiap kali tahun baru kan. Kalau nak merubahkan sesuatu tak perlu tunggu tahun baru. Sekarang ni juga kita boleh berusaha merubahkannya.

First day tahun baru, puteri hanya ke tesco je beli barang keperluan harian dan barang dapur. Balik dari tesco, puteri spend time baca novel. Malam plak, misi membalas semua komen di blog, baru je mula nak membalas..tup tup gelap gulitas pulak jadinya. Alahai satu kawasan perumahan blackout. Tengok jam, dah dekat 12 midnite. Erk, cari lilin plak takde. Yang ada hanya cahaya dari my baby 'ACE'

Sampai ke pukul 3 pagi tak dapat tido..almaklumlah bila kipas tak berpasang, encik nyamuk memang akan kerja overtime. So berperang dengan encik nyamuk jelah jawabnya..hukkk. Terlelap pun lepas bekalan elektrik pulih sekitar 3.30 pagi.


Dapat tido dalam 2 jam lebih je, lepas tu dah kena bangun dan bersiap sebab pagi tadi kena teman papa ke hospital untuk temunjanji jumpa pakar mata. ARGHHH, memang puteri paling tak suka pergi eye clinic sebab kena tunggu berjam-jam. Sangat bosannnnn bila kena tunggu.

Temujanji papa kul 8 pagi, tapi masuk bilik rawatan pun dah nak dekat kul 12. Kesian papa kena tunggu lama. Tapi papa takde pun komplen sebab dah biasa menunggu. Yang tak suka menunggu, ni ha anak dara papa yang sorang ni, dah la ngantok, dalam tu sejuk giler macam dalam peti ais. Kalau ada bantal dan selimut, memang lena tak ingat dunia dah..hehe

Balik dari hospital, mama ngadu takde air plak, alahai malam tadi takde elektrik, ni air plak takde. Bila takde air satu kerja pun takleh buat kan. Tapi sempat juga mama masak nasi lemak, jadi apa lagi, perut eden dah kosong, sejak malam tadi tak makan apa-apa. Terus melantak nasi lemak la jawabnya.

Lepas makan, sambung balik buat kerja. Check email petang tadi, dapat pula email dari pihak kaki novel. Katanya manuskrip puteri dah mendapat kelulusan peringkat penilaian pertama, now dalam proses penilaian kedua plak. Moga diluluskan la juga. Doakan untuk puteri yer :)

Mudah-mudahan di tahun baru ini akan tercapai impian puteri nak menjadi seorang penulis novel. Sebut tentang novel, baru teringat e-novel seterusnya perlu diteruskan lagi. Sepatutnya dah boleh publish kat blog bulan lepas, tapi sebab kebizian haritu, tertangguh la pula. Takpe maybe this month atau next month puteri publish.

Oklah ini sahaja kisah untuk hari ni, panjang mengalahkan e-novel pula..hehe.

Ikhlas Dari Hati,


6 ulasan:

Azie Namico berkata...

Mudah-mudahan di tahun baru ini akan tercapai impian puteri nak menjadi seorang penulis novel..chayok2

gi tesco plus makan nasi lemak x ajak..sentap lah kalau mcm nie...hehehe...chill puteri u can do it !

Jos Revalution berkata...

hi awak..wahh..awal2 tahun ni bnyak sngat perkara yg kurang baik ye awak....tp awak ok lah..mcm sy ni berkurung kat rumah je..haha..anak2 n mami je kuar jejalan..hhmm..pape pun semoga tahun 2013 lebih baik dr tahun2 sebelumnya.. :)

Ayie Abas berkata...

pergi hospital lagi...kali ni mata pulak...ermmmm puteri memang anak yg baik.

impian puteri utk terbitkan novel sendiri sudah maju setapak...tinggal beberapa tapak jer lagi akan jadi nyata...

semoga tahun 2013 ni ayie boleh baca novel karangan puteri sendiri. :)

puteri kasih berkata...

Azie : Thanks dear..moga tercapai juga segala impian azie :)

next time kita pergi sama-sama yer :)

puteri kasih berkata...

JR : awak tu berkurung sebab ngadap laptop je kan..haha

Tulah, permulaan yang agak kurang ceria, tapi takpe..saya akan selalu fikir positif :)

puteri kasih berkata...

Ayie : tanggungjawab setiap anak sama sahaja :)

moga dipermudahkan proses novel itu :)