4 Jan 2013

Hanya Mampu Tersenyum


Ada something yang telah berlaku. Sepatutnya puteri kena rasa marah dengan situasi itu. Tapi entah kenapa, hati puteri rasa lega sangat. Seolah segala kekusutan telah ada jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya benda ini bukan pertama kali, kalau tak silap tahun 2011 pun benda ni telah berlaku dan melibatkan insan-insan yang hampir sama. Tapi time tu, puteri tak kenal sangat dengan insan-insan yang di maksudkan, so bila ianya berlaku ketika itu, puteri rasa macam kecewa sangat-sangat. Tak sangka orang-orang yang dipercayai boleh 'berdrama' depan kita.

Sesiapa yang rapat ngan puteri, memang tahu puteri ni bukan jenis yang suka marah-marah atau melenting dengan isu yang remeh-remeh. Buat apa nak waste energy kan. Pada puteri, tiada siapa yang sempurna, termasuk diri puteri ni. Jadi kalau sesiapa buat salah, memang puteri akan maafkan dan memberikan mereka peluang yang seterusnya dengan harapan mereka akan berubah.



Namun dalam situasi yang puteri ceritakan ini, nampaknya tiada perubahan, malah makin teruk plak. Kiranya bukan setakat 'berdrama' je tapi dah berfilem bagai.. Perlu ke dimaafkan lagi?

Siapa puteri untuk tidak memaafkan sesama manusia. Sedangkan puteri sendiri banyak kekurangan. And besides, situasi yang berlaku itu seolah satu jawapan untuk kemusykilan yang selama ini bersarang di hati. 

So bila situasi tersebut berlaku lagi, puteri dah mampu tersenyum. Dalam hati puteri rasa bersyukur dan mengharapkan insan-insan tersebut puas dengan 'watak' yang mereka bawakan. Puteri tak kisah mereka nak 'berdrama atau berfilem', janji jangan melibatkan puteri.

Puteri tidak mahu menjadi watak utama, apatah lagi watak sampingan. Cukuplah puteri menjadi diri sendiri. Tidak mahu peristiwa lama berulang kembali.

p/s I am happy with my life now, so please don't ruin it.

4 ulasan:

Unknown berkata...

begitulah kehidupan manusia tiada manusia biasa yg sempurna...org yg kita anggap berdrama...mereka juga tdk mahu kan keadaan spt itu...manusia hanya melihat dan berprasangka tapi situasi sebenar hanya Tuhan yg tahu kan?

apapun senyum tetap bertingkat...hehe

:)
:)
:)

Unknown berkata...

Susah kita nak tentukan hati org2 yang mcm nie..kekadang kita pun bole sakit hati dan tertekan memikirkan perlihal mereka...

Dalam apa jua keadaan pun...puteri harus tabah setabah tabahnya...tapi kene kuat semangat...jgn lemah..okey...go puteri go !

puteri kasih berkata...

hanya tuhan yang tahu apa dalam hati..yer ayie tiada manusia yang sempurna ^_^

puteri kasih berkata...

Azie : memang betul tu zie..kadang-kadang kita yang jadi keliru. tengah tabah ni zie..pada puteri situasi sebegini lebih mematangkan puteri...go azie go ..weeeee