3 Mei 2012

Menunggu Ketibaan



3 haribulan Mei 2012..uwaaaa baru ku perasan tarikh harini..walaupun bulan ini merupakan bulan yang teramat puteri nantikan untuk berjumpa dengan seseorang yang telah 18 tahun tidak bertemu.

Memang puteri berharap sangat dapat menemuinya semula. Kini setelah 18 tahun baru impian itu akan terlaksana juga dengan izin dariNYA. Selama ini hanya telefon dan Skype menjadi penghubung antara kami.

Korang mesti nak tahu kan, siapa yang puteri teringin nak berjumpa itu. Well beliau adalah mak sedare puteri merangkap emak angkat puteri.Beliau berhijrah ke England pada tahun 1994, dan tidak pernah lagi pulang ke Malaysia lepas itu.

Kini setelah 18 tahun berlalu, baru beliau bakal menjejakkan kaki semula ke Malaysia dan puteri dah tak sabar nak berjumpa dengannya.

Beliau berkongsi minat yang sama dengan puteri, suka membuat barang-barang kraf tapi dia lebih pro dari puteri. Jadi bila dia balik bercuti nanti, tak sabar nak minta dia tolong ajarkan idea-idea yang baru.

Puteri juga tak sabar nak pergi main bowling dengannya memandangkan beliau pernah mewakili Malaysia di Mexico dalam Kejohanan Bowling Dunia kalau tak silap dalam tahun awal 80an kot

Dia akan bercuti di Malaysia hanya untuk sebulan jadi untuk sebulan tu puteri nak spend time dengannya sambil berjalan-jalan.

Dapat juga puteri cuti-cuti Malaysia kan, tapi mungkin di negeri-negeri yang berdekatan je kot.

Anyway sebelum dia sampai ke Malaysia, puteri nak cuba siapkan manuskrip novel dan siapkan kerja-kerja puteri yang lain. Sebab tak nak nanti asyik berjalan-jalan je kerja puteri pula yang terabai.

Ok time untuk sambung buat kerja. I have less than two weeks untuk siapkan manuskrip...mampukah?? hukkk


p/s dah dua hari "garlic" tak balik...hurmmm. Mana pula perginya..hukkk








8 ulasan:

caliph shuriken berkata...

bakal cuti panjang laa pasni kn, hikk..

*garlic gi jumpa tomato kot.. awk tggu dia blk yer ^^

thomas berkata...

bagus tu dapat berjumpa setelah sekian lama.

sis92 berkata...

wah mesti eksaited
lama tu tak jumpa ..

puteri kasih berkata...

@Caliph : tak bercuti la awak..cuma siang tak layan blog sgt kot..hikk..

garlic masih tak balik...hukkk

puteri kasih berkata...

@Thomas : ha ah bro..terasa dah terlalu lama tak jumpa

puteri kasih berkata...

@Sis : sangat eksaited...hikk

Ayie Abas berkata...

mak sedara yg dulukan?

wahhh..mengujakan tentu byk yg puteri boleh kongsikan dgn dia nanti :D

puteri kasih berkata...

@Ayie :memang mengujakan...nanti puteri akan berkongsi cerita kat sini yer ^_^