22 Mei 2012

Bila Atuk Tua Menjadi Mangsa



Semalam dalam pukul 10 pagi, puteri pulang ke rumah dengan ayah selepas selesai sesi mencuci luka ayah di klinik kesihatan. Sampai je kat pagar rumah puteri, tengok ada ambulans kat rumah jiran (selang dua rumah dari rumah puteri).

Seorang atuk sekitar dalam lingkungan 80an tinggal bersendirian di rumah itu. Masa tengok ambulans kat depan tu, puteri menjangkakan mungkin atuk itu sakit.

Namun setelah ambulans berlalu pergi, baru puteri dapat tahu kisah sebenar dari seorang jiran yang lain. Dan ternyata puteri memang terkejut mendengar cerita yang disampaikan oleh jiran puteri itu.

Rupanya atuk itu bukan sakit, tapi telah dibelasah oleh dua orang perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar pukul 9 pagi. Ketika itu atuk itu sedang duduk di laman rumah, tiba-tiba ada dua orang lelaki datang ke rumah atuk tu dan masuk ikut pagar depan yang tidak berkunci waktu itu.

Perompak itu memukul kepala atuk tersebut dan telah mencuri telefon bimbitnya dan wang tunai berumlah RM25.

Kejam betul kan dua perompak tu. Atuk yang tua dan berjalan mengunakan tongkat itu pun diorang nak belasah dan mencuri barangan miliknya yang tak seberapa.

memang risau bila nenek berada seorang diri di rumah hampir setiap hari..hukk

7 ulasan:

azie namico berkata...

Eh , bahaya tu...harap puteri jaga diri dan pastikan rumah puteri dlm keadaan terkawal..

Ayie Abas berkata...

perompak mcm tu kalau dpt elok di ajar jer cukup2..jahat sgt...ermm

caliph shuriken berkata...

x selamat laa yer area perumahan awk kn.. mcm diorg dh target bila nk serang tu...

puteri kasih berkata...

@Azie : yer memang bahaya.

puteri kasih berkata...

@Ayie : perompak tu kejam..

puteri kasih berkata...

@Caliph : tulah awak...saya pun dah risau dah ni

kaishin berkata...

kena lebih berhati-hati la lepas ni..bahaya tu