28 Apr 2012

BERSIH



Bersih menjadi topik hangat harini kan. Buka facebook..post bersih penuh terhias, blogwalking...pun entri-entri bersih menghiasi, tengok tv pun warna kuning yang ditayangkan (nape tak warna pink eh) hehe

Semuanya kuning je yang menghiasi..kalau pink atau purple..best juga nak tgk..ni macam 'LAALA' je dari program teletubbies tu..hehe

Kiri Kanan Depan Belakang semua BERSIH BERSIH BERSIH..sampai dah berjangkit kat puteri ni. Puteri pun dah mood bersih dah satu hari ni. Siang tadi duk bersihkan bilik, pastu bersihkan rumah, petang bersihkan laman. Ni pun baru lepas bersihkan diri..hikk

Puas hari ini sebab seluruh rumah puteri dah dibersihkan. Namun ada juga la kacau bilau semasa proses pembersihan tadi bila penunjuk perasaan tiba-tiba serang puteri sebab time diorang tengah lena tertidur, puteri suh diorang ketepi-ketepi sebab nak menyusun dan menyapu. 

Diorang ni bila ganggu sikit je mulalah memberontak dan merusuh..budi bahasa terus lenyap entah kemana especially bila diorang nampak botol di tangan puteri. Mulalah laju je menyerang dan menunjuk perasaan seolah-olah dunia ini mereka yang punya. 

Masa tu mulalah puteri ni membebel macam cikgu sekolah tengah suh budak-budak beratur kalau tak aku rotan kang...hahaha. 

Tapi diorang bukannya nak peduli, puteri nak membebel ke, nak memekak ke, nak mencepuk ke..janji diorang dapat apa yang diorang hajatkan. Selagi tak dapat selagi tulah diorang merusuh macam singa kelaparan.

Tapi memang diorang tengah kelaparan pun, sebab tulah diorang merusuh serang puteri sebab nak mamam. Makanan diorang tu puteri simpan lam botol. Goncang je botol tu dari serata pelusuk diorang mai serang...

Bila dah mamam, dah kenyang..semua penunjuk perasaan tadi akan cari tempat masing-masing untuk lena semula. Lepas tu barulah keadaan akan kembali aman dan tenteram.

Dapatla Puteri sambung kerja dengan penuh keamanan dan ketenangan sebab kaum kerabat meow-meow dah tidur..hikkk


p/s kucing pun suka mamam sama cam tuan dia..hikk







6 ulasan:

SunnyFunny berkata...

buat gempak je . hahax . :)

caliph shuriken berkata...

mmg pun awk.. serasi bersama, hukk...

Ayie Abas berkata...

sapa yg serang puteri nih? hehe :P

puteri kasih berkata...

@Sunnyfuny : mood bersih...hikk

puteri kasih berkata...

@Caliph: sehati sejiwa kan awak...hikk

puteri kasih berkata...

@Ayie : mereka yg kelaparan..hikkk